KUALA LUMPUR: Wanita UMNO meminta seluruh ahli dan kepimpinan parti itu agar memberi tumpuan kepada beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Noraini Ahmad berkata pihaknya akan terus bersama barisan kepimpinan dalam merangka strategi yang terbaik untuk memperkukuh parti serta menarik kembali sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Prestasi BN di dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang telah berlangsung baru-baru ini adalah tangggungjawab bersama seluruh kepimpinan. Ini bukanlah masa untuk menyalahkan mana-mana pihak," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata seluruh ahli parti perlu menerima keputusan PRN dengan hati yang terbuka serta perlu memperkasa Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara dan kemakmuran rakyat.
"Agenda perpaduan ini sangat besar untuk kita semua bersama-sama berganding bahu membangunkan negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023
Noraini berkata seluruh ahli parti perlu menerima keputusan PRN dengan hati yang terbuka serta perlu memperkasa Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara dan kemakmuran rakyat. - Gambar fail/Bernama
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
12 samseng jalanan ditahan, 57 motosikal disita di Taiping
Operasi yang diadakan bukan saja untuk membanteras samseng jalanan tetapi juga untuk mengurangkan kes kemalangan dan jenayah jalanan.
Kereta hilang kawalan masuk lorong kiri punca bas terbalik di lebuh raya
Akibat pelanggaran, kereta itu berpusing 360 darjah dan melanggar bahagian hadapan kanan bas.
PM tiba di Doha untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada kira-kira 9.37 malam Ahad waktu tempatan.
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
"Saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan."
Pemaju hartanah tidak bertanggungjawab musnahkan impian pembeli rumah
Kerajaan khususnya kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengguna dan perumahan, jabatan penilaian serta agensi yang terlibat dalam pembinaan perlu tampil ke depan membantu pemilik rumah.
Liga Malaysia: Stadium Likas, Sabah pertama bakal guna sistem VAR sendiri
Sabah bakal menjadi negeri pertama mengguna pakai sistem VAR sendiri jenis sistem Goal Sport VAR untuk perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas.
KDN pilih Mini Amazon Malaysia, Kampung Beng, sebagai Kampung Angkat MADANI
Kampung Beng, yang terkenal sebagai Mini Amazon Malaysia, telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kos penyediaan LRT di Johor dianggarkan RM16.7 bilion
Anggaran kos keseluruhan penyediaan infrastruktur Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor dianggarkan menelan belanja RM16.7 bilion, berbanding RM7 bilion bagi penyediaan infrastruktur Transit Aliran Aut
Sabah terus kerjasama dengan KDN perhebat usaha perangi dadah
Kerajaan Sabah akan terus bekerjasama dengan KDN bagi memperhebat usaha memerangi penyalahgunaan dadah, serta menyokong penuh inisiatif yang dapat mengurangkan masalah dadah di negeri itu.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.